Wednesday 11 February 2015


Apa itu IBS

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang, boleh diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual dengan usaha tambahan buruh yang minima di tapak bina. Tidak dinafikan lagi, IBS mampu untuk menjadikan industri pembinaan negara seiring kearah persaingan globalisasi dengan produktiviti, kualiti dan keselamatan yang lebih baik.

Terdapat lima kumpulan utama IBS yang dikenalpasti digunapakai di Malaysia iaitu:
  • Kaedah pasang siap
  • Kaedah acuan keluli
  • Kaedah kerangka keluli
  • Kaedah kerangka kayu dan
  • Kaedah kerja blok.
Secara kasar, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan, dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan juga lebih singkat. Dengan erti kata lain, IBS merupakan suatu alternative kepada kaedah konvensional yang banyak bergantung kepada kerja – kerja penggunaan buruh asing yang ramai.

NEKAD SELATAN ENTERPRISE, dengan kerjasama CIDB Malaysia, Agensi K28, Hume, Astino serta Brickwell telah melancarkan satu program perumahan ihsan untuk rakyat Malaysia, dimana pemasaran telah dikendalikan oleh NEKAD SELATAN ENTERPRISE. Bagi kerja – kerja berkaitan pengawal-seliaan projek rumah pasang siap ini diuruskan oleh NEKAD SELATAN ENTERPRISE. Pihak NEKAD SELATAN ENTERPRISE telah melantik wakil – wakil di seluruh Malaysia di mana wakil – wakil di setiap Negeri dipertanggungjawapkan untuk memantau rumah pasang siap ini di setiap dearah dalam Negeri tersebut. Ini memudahkan NEKAD SELATAN ENTERPRISE untuk melakukan kerja – kerja pemasangan rumah pasang siap di seluruh Negeri. 
Bahan – bahan binaan yang diguna pakai ialah dari jenis teknologi papan simen atau Cement Board Technology, dimana ianya dibekalkan oleh Hume Cemboard Industries, Astino dan Brickwell. Manakala pembinaan rumah pasang siap diuruskan oleh CIDB Malaysia. Oleh yang demikian, kami yakin projek pembangunan rumah rakyat ini akan mendapat sambutan yang hebat dengan kerjasama oleh pihak kilang dan syarikat – syarikat yang berdaya saing.